Kicau anak burung layang-layang
buat aku terjaga
aku mula bangkit mengangkat jasad ini
aku lihat di luar,
nyaman alam ini..
langit sudah mula melukis wajahnya
si ibu burung, melayan kerenah anaknya belajar terbang
buat aku mahu ikut sekali di atas itu
mentari memijar memancarkan sinarnya
membuat manik-manik embun berkilau
seakan tahu kilaunya rindu aku kepada Dia dan dia
Begitulah hebatnya ciptaan Dia
terpanah aku seketika
sehingga lupa rindu ini kepadanya..
Zal.J--

