Friday 13 December 2013

Sayonara Beta.

Aku sangka, aku tidak melalui ini semua
aku suka gelak bila aku bayangkan kehilangan
kerna aku percaya itu dongengan
dongengan tidak bertukar realiti
tapi waktu tidak mampu memberhenti diri-nya
sampai aku, tidak mampu menerima..
apa lagi kenyataan yang aku harus tempuh?
apa lagi kebenaran yang memahitkan?
berembat dengan kehilangan..ini, kesakitan.

Aku, tidak tahu di mana harus mula
tapi yang pasti aku rindukan mereka..mereka dan mereka
setiap pagi aku dimulai dengan mereka
berdiri tegak di tengah dataran, teriknya mentari dan tiang bendera
setiap hari aku, digubah dengan kegilaan kita
kita benci dimaki, benci dicaci,
kadang terasa juga diperlekeh
tapi kami, tahu, kami bukan begitu
jadi kami, persetankan hari kita
ke kelas, menyusul ke tempat duduk, buka buku
mendengar..melihat..bosan, gelak dan tidur
5 Beta makin dikehendaki
makin diperhati..dengan mata-mata yang buta
tidak pernah nampak kepenatan dan usaha kami..
kadang kita tak sefahaman..
kita suka turutkan ego masing-masing
sampai semua haru, sampai jatuhnya air mata..
sampai nama ketua kelas dan Shahrudin dipanggil oleh pengetua
baru kita tahu, namanya sepakat.
di-situ, kita mula cantumkan hati..
Haikel, mana mungkin aku lupa, saat kita menari hindustan
sampai Pn. Hajah Zaini melihat dari tingkap bilik guru
Azamudin, ingat tak masa kau jadi model tutorial selendang?
lepas tu, 5 Beta, kita nyanyi..nyanyi dan menjerit seperti lantai itu milik kita
sampai Miss Puteri menjengah dari bilik guru
oh, buat kali kedua-nya..dan kita pakat untuk tutup tingkap kelas.
Sambut hari lahir di tengah dataran waktu pagi
terjerit-jerit. Selagi tak puas selagi itu kita membakar suasana..
Aishah, kau selalu ganggu masa tidur aku.
mesti kau tak lupa siapa yang buat kau menangis
memanglah menyakitkan prinsip akaun kau dirosakkan oleh aku
Jemy, mesti rindu nak belajar matematik dengan mama L kan? haha.
oh ya Syana, terima kasih sudi jadi partner aku selama satu tahun.
sangat indah bukan dunia kita di tempat duduk paling belakang dan hujung sekali?
Piah dan Bea, lepas ni entah siapa yang boleh teman aku menjerit dalam hidup aku
Sany, Ety, Iman, Isen, Eyka, Ike agaknya tak rindu ke nak rehat satu meja?
jangan tanya aku, orang bodoh saja tak rindu teman.
tempat jatuh lagi dikenang ini pula tempat menggila
Pojan? Oh ya. Apa pun kau, aku terima. Apa pun kita suatu hari nanti
aku harap kau tak lupa.
Lyana, aku benci bila kau tarik tangan aku dalam hujan lebat
saat aku merajuk masa tu. tolong jangan buat lagi.
Lyana, "to forgetting you is not as simple as eating your Lexus biscuits
ad to forgetting our twelve years frienship is no way. 
Please, I missed the 1st day we've met"
Kim? Tod? Kecik? Bulldog?
dan anak kucing yang kencing paling hipster atas beg aku
hm jaga dirilah kucing-kucing jalanan..
Kim, aku mesti rindu kucing berjantina pengkid bulu paling hipster macam kau haha.
5Beta? Mereka cuma saki baki kebahagiaan aku lah.
mereka ajar aku, bagaimana rasanya tangan dipaut saat aku tersungkur
biar kadang menjengkelkan tapi merekalah yang aku ada
tawa mereka, sebuah lullabi yang cukup melajuri bagai rona pelangi
dalam hidup aku..
dan sekarang, selamat tinggal converse bersaiz empat
selamat tinggal seragam lusuh
kain sekolah yang bercontengan nama band
selamat tinggal buku teks, selamat tinggal guru,
lantai kelas yang berhabuk, junior, kaki lima belakang,
lagu sekolah dan surau yang nyaman untuk ponteng koko.
selamat tinggal tiang bendera, dan pekerja kantin sekolah
jangan risau lepas ini tiada yang potong barisan
dan perginya seorang pendek yang kecoh
dengan jerit dan ketawa mengilai di-situ
suatu hari, kalian pasti merindui aku.
Sayonara Beta, sayonara SMK Lokman Hakim
2014 dan sampai bila-bila
biar merintih  sekeras apapun, kami takkan datang
ke-situ lagi takkan pergi memecah kesuraman pagi
dan aku, mencari kita untuk kembali
walau takkan pernah terjadi..

pagi Disember, 2013
tepian jendela kamar,
ZALWANAJAY

Sunday 17 November 2013

Kelmarin

Pagi ini,
aku ke situ
dan aku lihat dataran
...kosong
tidak seperti selalu
kebisingan, kekecohan
kesesakan
suara-suara anak muda
itu, tiada lagi..
sunyi,
tiada lagi walau secebis
kebisingan itu.
oh,
rupanya
kelmarin itulah kali terakhir aku
bersama mereka..

ZALWANAJAY

Wednesday 2 October 2013

Moments III





















28-29 SEPTEMBER 2013,
PROGRAM LAMBAIAN U SIRI V 2013,
SMK LOKMAN HAKIM,
UTM SKUDAI JOHOR BAHRU
ZALWANAJAY--

Friday 13 September 2013

Puisi Pagi buat si "Dia" dan dia..

Kicau anak burung layang-layang
buat aku terjaga

aku mula bangkit mengangkat jasad ini
aku lihat di luar, 
nyaman alam ini..
langit sudah mula melukis wajahnya
si ibu burung, melayan kerenah anaknya belajar terbang
buat aku mahu ikut sekali di atas itu
mentari memijar memancarkan sinarnya
membuat manik-manik embun berkilau 
seakan tahu kilaunya rindu aku kepada Dia dan dia

Begitulah hebatnya ciptaan Dia
terpanah aku seketika 
sehingga lupa rindu ini kepadanya..

Zal.J--

Sunday 8 September 2013

Moment (II)



#UNDERSOUNDFEST 
Ini sebenarnya gig pertama aku lalui
mereka, datang dari pelbagai masalah
mereka datang dari pelbagai kekangan
tapi mereka bawa jiwa yang satu..

Z.J--

Tuesday 30 July 2013

Memburu Lailatul Qadr Mu..

"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu Lailatul Qadr? Lailatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan." 
Surah al-Qadr, ayat 1-2


Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bersedialah bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadhan."

(Hadith Riwayat Aisyah r.a)
--

Sayup sepi membangkit jasad
membuat jiwa terasa semakin dekat
dekat dengan Nya yang sedia kala erat
tatkala sujud itulah aku terasa hinanya aku
di hadapan Mu bersama noda aku bawa
semoga engkau mengampuni hamba-hamba Mu
yang bersungguh-sungguh segenap daya
mencari Lailatul QadarMu
termasuklah aku
semoga aku..

Ya Allah, aku telah berusaha, 
semoga engkau mempertemukan aku dengan malam itu
kerana aku tidak tahu aku masih menjemput
Ramadhan yang mendatang
atau tidak lagi..
Amiin ya Rabb.

Zal.J--

Saturday 27 July 2013

Puisi Kaki Lima..

KOLUMPO--
Aku cuma tertarik dengan apa yang mereka cuba sampaikan. Dalam diam, aku sebak..


Mereka dan mereka terus mereka. Entah apa tujuannya. Membawa gitar merata-rata. Mainnya tidak harap eksyen saja.
===================================================================
Mula bercita-cita tinggi. Akhirnya jatuh menyepi. Ingin berkhidmat penuh bakti. Tetapi terjerobos di kamar sepi.
===================================================================
Yang mundur ke Lumpur dengan semangat mulur mencari rezki jujur tetapi akhirnya segala harapan luntur lalu terkubur.
===================================================================
Kau pilih,KLCC atau aku.
===================================================================
disitulah dimana aku berdiri diantara 2 kaki ku sendiri untuk mencari sesuap nasi.
===================================================================
KL kota kota sana sini yang penuh dengan lumpur,,siang umpama malam,malam umpama siang.
===================================================================
Imdahnya sungai, Kuala Lumpur, Nyamannya udara, Kuala Lumpur. Kata2ku, Ibarat lumpur, Penuh kotor.
====================================================================
dicelah-celah keriuhan syaitan memalitkan lumpur pada hamba-hamba dunia , aku yakin masih ada yang bertasbih memuji Tuhannya .
=====================================================================
Kuala Lumpur mangsa rogol nafsu manusia.
=====================================================================
"rindu pada kamu yang dulu." bisik isi kota kepada kulit wajah kota yang baru. tampak moden namun nilai insan susut dimamah zaman.
=====================================================================
Kota yang gah dipandang orang kampung tapi dibanjiri warga asing.
=====================================================================
Kuala Lumpur, Moga hapus segala kotor, Kuala Lumpur, Kau gak jangan semata akur.
======================================================================
Tiada syaitan menjadi hantu di kuala lumpur , Tetapi manusia sendiri hantunya.
======================================================================
Kuala Lumpur bukan kota celaka.Yang celaka itu kau,Kuala Lumpur cuma tempat terhamparnya celaka tiada hujung kau punya.
======================================================================
Kotaraya besar, tersimpan pelbagai rahsia. Rahsia antara mereka-mereka, tersembunyi beraneka perangai manusia.
======================================================================
Neon benderang mata melecur, Bangunan tinggi tidak terukur, Kota dosa yang kian masyur, Betapa binasanya Kuala Lumpur
=======================================================================
Kuala Lumpur kota metropolitan, kau harus bijak memilih manusia ataupun setan. Sekian.
=======================================================================
Hasil manusia lumpur tiada siapa mahu mengerti asbab terlahirnya mereka, cuma tahu caci asalkan dipandang mulia manusia celaka.
=======================================================================
Istana hinggap senantiasa menjadi pelabuhan jenaka pada bekas jagoan kota. Katanya, bermula dgn siksa & berakhir dgn terus siksa.
=======================================================================
Andai Kuala Lumpur terlena seketika, maka sunyilah puncak pancaroba. Marah si Syaiton pada pemaut ekornya.
=======================================================================
Kota yang dibasahi cahaya neon tetap juga ada yang merindu cahaya bintang dari celah-celah keramaian di rumpun manusia lumpur.
=======================================================================
Gula getah Kuala Lumpur;makin kau kunyah,terus tipis manisnya.
=======================================================================
Kolam likat pencari asbab untuk takdirnya. Jua adalah neraka dunia bakal penghuni Shurga. Di sini, kecelakaan ditawar-menawar.
=======================================================================
Kembali menjadi hamba kota konkrit.Kota yang ditinggalkan utk liburan secebis cuma.Apa khabar Kuala Lumpur? Masih gundahkah dikau?
=======================================================================
Yg rosak bukan kuala lumpur,tapi manusia yg hidupnya tak pernah kenal erti syukur.
=======================================================================
Apakah itu namanya kota cinta, setelah bertahun kita asyik bermuram durja?Lihat saja pada burung di angkasa, rutin mereka saksama.
=======================================================================
Di lautan keramat itu tersisip noda yang lama terlumpur. Timbalah serakus manapun, ia sudah jadi sebahagian dari tumbesaran dunia.
=======================================================================
Di kuala kita bertemu; Lumpur sama lumpur, kelodaknya pasti bingkiskan ceritera terhangat. Ironi.
=======================================================================
Kuala Lumpur itu besar. Tapi tak sebesar kerinduanku pada kicau burung yang pupus.
=======================================================================
Kuala Lumpur kota ternoda lumpur; kita menoda.
=======================================================================
Kau berlari, mengelilingi KLCC, mencari si dia si buah hati, pusing-pusing kau mencari, tak jumpa, kerana dia sudah mati.
=======================================================================
Kolumpooo kolumpoooo
=======================================================================
Yang putih kesibukkan di jalan depan, Yang hitam berselinap di lorong belakang, Yang kelabu meneruskan rona kehidupan.
=======================================================================
Di balik tirai metropolis, Ada hati2 yang lara, Mencari cinta - pada dunia, Harta, jiwa, darjat, kuasa, dan lainnya. Kita manusia.
=======================================================================
Kota tempat kumpulan baik buruk busuk berkod hitam songkok putih. Tapi ingat, si celik memerhati baik gelap atau terang.
=======================================================================
Kita ditipu bangunan sayup, Kononnya bahagia terletak pada tingkat paling tinggi, bila tapak dijeling, menggigil lutut.
=======================================================================
Kuala Lumpur ialah kota yang berdarah fulus, haba dosa memenuhi ruang, dan tempat gelandangan kita.
=======================================================================
"ditengah kesibukan orang mencari rezeki,ada saorang yg sedang berdiri menanti mati.."
=======================================================================
Binatang makin buas, meratah alam serta daging sendiri. Buasnya, tiada perihal halal haram, simpati. Janji hidup senang kenyang.
=======================================================================
tapak hedonis berdansa disebalik hutan konkrit hanyut makhluk-makhluk di arus dusta.
=======================================================================
Renungan tenggelam Jutaan manusia dan ragam Dendam terendam.
=======================================================================
Kota yang sedang berwarna warnikan lampu limpah Sebenarnya merindukan kehijauan yang kian sunyi.
=======================================================================


Zal.J--