"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu Lailatul Qadr? Lailatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan."
Surah al-Qadr, ayat 1-2
Rasulullah S.A.W bersabda :
"Bersedialah bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil di sepuluh malam terakhir Ramadhan."
(Hadith Riwayat Aisyah r.a)
--
Sayup sepi membangkit jasad
membuat jiwa terasa semakin dekat
dekat dengan Nya yang sedia kala erat
tatkala sujud itulah aku terasa hinanya aku
di hadapan Mu bersama noda aku bawa
semoga engkau mengampuni hamba-hamba Mu
yang bersungguh-sungguh segenap daya
mencari Lailatul QadarMu
termasuklah aku
semoga aku..
Ya Allah, aku telah berusaha,
semoga engkau mempertemukan aku dengan malam itu
kerana aku tidak tahu aku masih menjemput
Ramadhan yang mendatang
atau tidak lagi..
Amiin ya Rabb.
Zal.J--
No comments:
Post a Comment